Saturday, November 27, 2010

patah sayap aku tak mungkin terbang

Daripada siapa aku tercipta? Allah SWT yang maha berkuasa lg maha penyayang. Dari siapa aku dikeluarkan? Sudah tentulah, Ibuku yang mengusung ku 9bulan di dalam perut sehingga kan turun dan naik darah. Dia penah kata "Susahnya mengandungkan kau dulu", Itulah peranan seorang ibu, Dan Dari siapa aku Dijadikan sebegini? Tentu juga dr benih ayah ku yang cukup subur menjadikan aku mencelik dunia dengan sempurna lagi cukup sifat,Dan puas menjaga ku,Kenakalan ku,Kedegilan ku,Kadang2 smpai ibu menangis dengan sikapku.Tp mungkin itu pada usiaku remaja, Ku masih dlm pra matang, Otak blum boleh berfikir dengan sempurna. Ku disekolahkan, dihantar, diambik dari sekolah. Ku dihantar mengaji, tuisyen dan sbgnya. Terima kasih Ibu ayah, Kaulah segalanya.Syukur Alhamdullillah, Mereka masih sihat dan bermaya untuk mencari rezki untuk kami bertiga walaupun mereka sudah dlm lingkungan 50-an.

Walaubagaimanapun, IBU ku jua terbaik untuk diriku, ku susah kau disampingku, ku lapar kau suapkan ku, ku tidur kau dodoikan ku, dan segalanya lah kau ibu. apa sahaja yang aku buat, dia mesti sokong walaupun kdg2 tu ada perli2 sikit, eheh, tp ibu lah yang sanggup gadai apa saja untung kesenangan aku. ibu sayapku, ibu nafasku, aku bayangkan,apa lah jadi dengan aku jika ibuku tiada? mungkin hidupku separuh hancur dr sekarang.semua nya terjejas. Ya allah ya tuhan ku, Kau ampunkan dosa kedua orang dua ku, Kau panjangkan umur ibu ku dan kau jauhilah ibuku dr malapetaka ya allah, amin ya rabbal alamin. Terima kasih ibu!Aty sayang ibu.

No comments:

Post a Comment